Balut. ade beran makan?? |
Balut ialah telur itik yang didalamnya terdapat anak itik yang hampir lengkap or sempurna, direbus hidup-hidup dan dimakan isi di dalam. Ia merupakan makanan istimewa oleh rakyat di Filifina. Masyarakat di situ percaya balut kaya dengan protein, snek yang berkhasiat dan dapat meningkatkan keinginan seks bagi kaum lelaki. Balut banyak dijual di jalan-jalan di Filifina dan ia merupakan snek yang digemari oleh masyarakat disitu (cam keropok lekor kat sini). Kebiasaaanya balut akan dihidangkan bersama dengan arak.
anak itik yang hampir sempurna akan direbus hidup-hidup untuk membuat balut |
Dikatakan pemilihan telur untuk membuat balut bukanlah mudah, mereka terpaksa menilai setiap telur itik untuk mendapat yang terbaik. Telur itik akan dipanaskan di bawah cahaya matahari dan akan disimpan dalam bakul khas untuk mengekalkan kepanasan tadi. Selepas 9 hari, telur-telur tersebut akan diperiksa satu persatu dengan menggunakan cahaya lampu untuk memeriksa embrio didalam telur itik tersebut. Tujuan pemeriksaan ini untuk memastikan ada pertumbuhan embrio di dalam telur itik. Telur itik yang tiada pertumbuhan embrio akan dijadikan sebagai penoy (selain balut, penoy juga merupakan makanan tradisi di Filifina). Lebih kurang 8 hari, barulah telur itik tersebut boleh direbus, dijual dan dimakan.
P/S : Masa tulis entri ni, aku hampir-hampir nak termuntah.
No comments:
Post a Comment
thanks for comment!!