7 Jul 2012

10 gambar hantu yang popular dan kisah disebaliknya


Hantu ialah makhlus halus yang sukar dilihat dengan mata kasar. Keberangkalian untuk melihatnya adalah tipis apatah lagi untuk ditangkap didalam pancaran kamera. Banyak pihak yang mengakui bahawa mereka dengan tidak sengaja tertangkap makhluk ini dalam foto. Lambakan foto hantu di internet yang dikatatakan real ghost captured in photo ini kebanyakanya adalah hasil kerja photoshop, camera trick dan selebihnya adalah imej ‘orb’. Ia dibuat sempena meraih publisiti semata-mata. Walaubagaimanapun terdapat juga foto-foto yang dikatakan real, yang mana sejak turun-temurun menjadi perbualan orang ramai tentang kesahihan. Persoalanya adakah ia benar atau palsu??

1.) Foto Freddy Jackson


Bagi skuad Royal Air Force di H.M.S Daedalus berkumpul dan bergambar bersama-sama adalah perkara biasa. Apa yang luarbiasa bagi mereka ialah apabila kemunculan Freddy Jackson dalam foto mereka. 

Freddy Jackson ialah seorang mekanik di H.M.S Daedalus. Dia telah mati dalam kemalangan yang aneh dengan kipas kapal terbang. Apa yang misterinya, Foto ini diambil 2 hari selepas kematian Freddy jackson. Beberapa lelaki didalam foto ini mendakwa yang muka tersebut adalah muka dia.

2.) Perempuan di Tanah Kuburan Bachelor’s Grove


Sememangnya kubur merupakan tempat yang berhantu. Foto ini diambil di tanah perkuburan Bachelor’s Grove di Illinois. Ramai pakar paranormal mendakwa yang tempat ini merupakan antara salah satu tanah perkuburan yang paling berhantu. Foto ini diambil oleh Mari Huff, dan menurut beliau perempuan tersebut tiada disitu semasa dia sedang mengambil gambar. Foto ini mungkin tidak akan menjadi sebutan jika tidak ditangkap oleh Mari Huff sendiri yang mana merupakan ahli penyelidik paranormal dalam kumpulan terkenal, Ghost Research Society.


3.) Stranger di belakang


Pada tahun 1996, Ike Clanton berkeingginan untuk bergambar ala-ala cowboy. Dia yang lengkap berpakaian  seperti seorang cowboy telah bergambar di tanah perkuburan Boothill, Arizona dengan bantuan rakan. Selepas melihat foto hasil tangkapan rakannya, Ike begitu terkejut kerana terdapat seorang stranger di foto tersebut. Rakannya mendakwa bahawa semasa gambar sedang diambil, tiada sesiapa disitu. Ike cuba menghasilkan semula foto dengan meyuruh rakannya berdiri di tempat sama stranger itu berdiri. Namun mengetahui bahawa amat sukar untuk tidak menampakkan kaki dalam foto pada kedudukan tersebut.

4.) Perempuan transparent di dalam hutan


Foto ini diambil pada tahun 1959 oleh Reverend R.S Blance semasa memasuki hutan di Corroboree Rock berdekatan Alice Spring di Australia. Imej ini menunjukkan seorang perempuan transparent di celahan ranting kayu. 

5.) Si Gadis pencetus kebakaran

  
Pada 19 November 1995 berlaku kebakaran besar di Wem Town Hall, England. Semasa anggota bomba sedang bertarung untuk memadamkan api, Tony O’Rahilly, salah seorang daripada penduduk disitu cuba menangkap momen tersebut sebagai kenangan. Salah satu daripada foto beliau memperlihatkan seorang kanak-kanak berdiri di depan bangunan yang terbakar. Semasa kejadian tersebut, tiada sesiapapun menyedari yang kanak-kanak tersebut ada di situ. Sesetengah mempercayai yang imej kanak-kanak tersebut adalah Jane Churm yang mana telah tidak sengaja mencetus kebakaran dan memusnahkan banyak rumah di bandar tersebut pada tahun 1677. 

6.) Si Ibu mahu pulang

  
1959. Selepas saja habis menziarah kubur ibunya, Mabel Chinnery telah menangkap gambar suaminya yang menunggu di dalam kereta diluar kawasan perkuburan. Dengan tujuan untuk menghabiskan Kodak filem, dia tidak menyangka yang imej yang tertera dalam foto bukan saja suaminya malah ibunya yang duduk di bahagian belakang!

7.) Hantu Dorothy Townshend


Diambil pada tahun 1936 di Raynham Hall di Norfolk England, foto ini merupakan salah satu foto hantu yang popular. Sehingga hari ini masih tiada penjelasan yang logik tentang imej hantu yang tertangkap di dalam foto. Banyak pihak yang mengakui imej tersebut adalah Dorothy Townshend yang mana menetap di Raynham Hall bersama suaminya, Charles Townshend pada awal 70 an. Mengikut lagenda, Dorothy telah menjalinkan hubungan sulit dengan Lord Wharton tanpa pengetahuan suaminya. Lama-kelaman hubungan itu dihidu oleh Charles sendiri. Charles yang berang dengan tindakan Dorothy telah mengurung dia dalam salah satu bilik di Rynham Hall sehingga mati.

8.)  Hantu menaiki tangga


Akibat terlalu kagum dengan kecantikan tangga di muzium kebangsaan di Grennwich England, menyebabkan Rev. Ralph Hardy ingin mengambil gambar tangga tersebut sebagai kenangan. Selepas foto tersebut siap dicetak, alangkah terkejutnya beliau apabila salah satu gambar yang diambil mempunyai imej yang menyeramkan. Imej ini menunjukkan seakan hantu sedang menaiki tangga. Foto ini telah diperiksa dan dianalisis oleh pakar yang mana kebanyakkanya dari syarikat filem kamera terkenal, Kodak. Hasil penyelidikan menyatakan bahawa negative foto tersebut tidak diedit atau menggunakan teknik double exposure, ia betul-betul asli. 

9.) Hantu di Toys R Us


Foto ini diambil semasa penyelidikan paranormal di syarikat permainan terkenal, Toys R Us di Sunnyvale, California. Dikatakan semasa upaca berkomunikasi dengan roh, mereka telah mengambil 2 jenis gambar dalam situasi yang sama. Satu gambar normal dan satu lagi gambar infra merah. Hasil dari foto yang diambil menunjukkan terdapat imej seorang lelaki yang hanya terdapat dalam foto infra merah tetapi tidak dalam foto normal! Lelaki ini muncul dengan berpakaian yang out of date dari zaman tersebut. Sehingga kini penyelidikan paranormal masih bergiat aktif dikawasan ini.

10.) Kerusi sepanjang hayat

Setiap orang mempunyai tempat duduk yang mereka gemari, yang mana tempat yang amat selesa bila diduduk, ini tidak terkecuali Lord Combermere. Pada tahun 1891, Cormbermere disahkan mati kerana dilanggar oleh kereta kuda. Semasa pengebumiannya, juru gambar telah diupah untuk mengambil gambar seisi keluarga. Foto ini telah tidak sengaja diambil oleh jurugambar semasa sedang setting cameranya untuk sesi foto selepas pengebumian Combermere. Kelihatan Chombermere duduk di kerusi kegemarannya.


1 comment:

thanks for comment!!

Blog Lain