"An urban legend, urban myth, urban tale, or contemporary legend, is a form of modern folklore consisting of stories that may or may not have been believed by their tellers to be true" - Wikipedia
Pernah dengar kisah tentang Volkswagen kuning yang memotong kereta di Jelapang, Perak? Saya yakin ramai yang mengetahui kisah ini tidak kira peringkat usia. Cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut, dari generasi emas ke generasi muda dan ditokok tambah untuk menambah jalan penceritaan. Cerita Volkswagen kuning ini merupakan contoh urban legends popular di Malaysia. Bagi yang tidak tahu, Urban legends merujuk kepada cerita dongeng moden yang diturunkan dari generasi ke generasi. Ia tidak bererti kisah bohong, namun ia seperti kisah yang disebarkan dari mulut ke mulut dan ada kebenaran disebalik kisah-kisah terebut. Sebahagian cerita Urban legends di Malaysia datang daripada kisah seram di asrama pengajian. Pontianak? pocong? langsuir? Bukan ini yang saya maksudkan. Jika cerita pontianak, pocong dan langsuir mana-mana pun kita boleh dengar bukan setakat berlaku di asrama saja. Malah toyol yang familiar dengan asrama pun sama. Apa yang saya maksudkan ialah cerita urban legends yang lahir dari asrama. Cerita yang hanya berlaku di asrama dan tidak ditempat lain. Made in Hostel. Cerita ini kemudian diturunkan kepada generasi ke generasi dan menjadi perbualan ramai. Bagi yang pernah menetap di asrama mungkin pernah mendengar kisah-kisah legenda ini. Tapi apa yang sangsinya ialah, adakah kisah-kisah ini betul?
Saya mulakan dari 4 ke 1
4.) Locker
Kisah ini bermula dengan seorang pelajar lelaki yang malas pergi solat jumaat. Bagi mengelak dari ditangkap kerana ponteng oleh warden asrama, dia bersembunyi didalam locker. Tanpa dia sedari, locker tu terkunci dari luar. Nak dijadikan cerita, budak lelaki tersebut terlelap di dalam locker sehingga petang. Rakan-rakan sebiliknya yang baru pulang dari Masjid tidak mengetahui yang dia bersembunyi didalam locker, malah mereka sedang sibuk mengemas beg pakaian untuk balik kampung sempena cuti penggal persekolahan. Malang baginya, apabila dia tersedar, rakan-rakanya sudah pulang ke rumah masing-masing. Dia menjerit meminta tolong namun usahanya sia-sia. Dia dijumpai mati didalam locker oleh kawan-kawannya sebiliknya selepas mereka terhidu bau busuk di dalam locker. Cerita ini mempunyai berbagai variasi. Setiap sekolah mempunyai variasi masing-masing. Ada yang mengatakan bahawa pelajar lelaki ini sebenarnya ponteng kelas lalu menyorok didalam locker. Ada juga yang mengatakan bahawa dia menyuruh kawannya mengunci locker dari luar dan berpesan supaya membukanya semula selepas selesai solat. Namun rakanya lupa. Walaupun banyak versi kisah ini sehingga kini menjadi perbualan hangat pelajar asrama.
3.) Hantu Makcik Karipap
Saya pasti ramai yang mengenali watak hantu makcik karipap daripada kumpulas Balas dalam Maharaja Lawak. Ada yang mengangap bahawa hantu makcik karipap ini merupakan watak yang dicipta oleh kumpulan tersebut. Kisah hantu makcik karipap ini sebenarnya sudah berzaman dan saya anggarkan yang kisah ini amat popular di matrik. Ia dikatakan suka mengacau pelajar yang mengulangkaji sehingga larut malam dengan menjual karipap. Kononnya tingkap bilik akan diketuk oleh hantu mak cik karipap untuk menjual karipap. Apa yang peliknya, tingkap yang diketuknya ialah di sebelah yang tiada koridor. Jika di ground floor ia tampak masuk akal. Tetapi bila di tingkat 2 dan tingkap 3 ia sesuatu yang misteri.
2.) Si Kudung
Saya lebih suka memanggilnya si dukung. Si dukung merupakan cerita Urban Legend yang menarik pernah saya dengar. Kisahnya begini, Ada seorang pelajar yang sedang mengulangkaji untuk peperiksaan besoknya. Waktu kebiasaan pelajar habis prep selalunya pada pukul 12 malam. Bagi yang tidak tahu, waktu prep ialah kelas persendirian dimana waktu-waktu ini pelajar akan menyiapkan homework ataupun mengulangkaji. Namun pelajar ini yang rajin mengulangkaji memanjangkan waktu menalaah ke pukul 1 pagi. Dia yang berseorangan sedang khusyuk menalaah buku sehingga seorang pelajar datang dan duduk didepanya. Dia tidak mempedulikan pelajar tersebut dan tekun mengulangkaji. Sedang dia menulis sesuatu pada buku nota, siku kananya tertepis pemadam. Pemadam tersebut jatuh betul-betul bawah meja ditempat dia dan pelajar tersebut duduk. Dengan niat mengambilnya semula, dia menundukkan badan, lalu tangan pun dihulur dibawah meja untuk mencapai pemadam. Sedang anak matanya mencari-cari pemadam, tiba-tiba pandangan tertumpu kepada pelajar didepan. Alangkah terkejutnya apabila melihat pelajar didepan tiada kaki! Perasaan takut mula menyelubungi diri, cepat-cepat dia mengambil pemadam dan mengemas buku rujukannya. Sebelum pulang ke dorm, dia sempat cakap kepada pelajar didepan "mengantuklah, aku balik dulu ya". Belum sempat dia melepasi pelajar tersebut, pelajar tersebut membalas "kau mengantuk ke? kau dah tahu?". Tidak cukup tanah dia berlari. Seperti kisah locker, kisah ini juga mempunyai banyak versi. Versi asal mengatakan bahawa kejadian ini berlaku di dalam bilik air. Semasa sedang dia membasuh baju, tiba-tiba berusnya jatuh dan terlihat pasangan disebelahnya tiada kaki.
1.) "Sorang dah tidur, sorang lagi pura-pura tidur"
Dimanakah kesahihan keempat-empat cerita lagenda ini? Mungkinkah ia hanya cerita rekaan untuk mendisplinkan pelajar asrama atau ia betul-betul berlaku.
hantu makcik karipap pling femes dkt kolej aku
ReplyDelete