30 Apr 2011

Betty Lyons, penguji bau ketiak.




Betty Lyons merupakan seorang juruteknik bau (Technician Scent) atau penguji bau (odour) di Makmal Hilltop di Cincinati. Dia mempunyai kebolehan mengenalpasti beribu jenis bau . Jika diberi bau yang baru, dia boleh mengenal pasti jenis-jenis bau yang terdapat dalam gabungan bau tersebut dan juga nisbahnya. Kebolehan yang terdapat pada betty adalah sangat berguna kepada syarikat yang mahu menganalisa produk-produk yang dihasilkan oleh pesaing mereka. Tugas utama Betty adalah untuk menguji bau deodoran. Dia banyak menghabiskan masa dengan  menghidu bau ketiak, nafas, kasut, kaki, sisa buangan kucing dan lampin. Semua ujian dilakukan dengan mengunakan hidung beliau. Ini adalah untuk memastikan setiap deodoran yang diuji berjaya. Actually, Betty tidak akan terus menghidu pada bahan tersebut, dia akan memastikan jaraknya selamat dengan mengunakan tiub kertas (seperti cawan) antara dia dan bahan yang akan dihidu. Betty telah melakukan kerja ini selama 35 tahun. Dia yang dulunya juga salah seorang daripada subjek dalam tugasan ini, telah dilatih selama setahun lebih untuk menjadi penguji bau. Betty juga akan diuji sebulan sekali untuk mengukur tahap ketajaman penghiduan beliau.

P/S : Cool!!

1 comment:

thanks for comment!!

Blog Lain