17 Jul 2011

Ashleigh Morris, gadis yang sensitif terhadap air.





Say hello to this girl, Ashleigh Morris!. Gadis yang berasal dari Melbourne, Australia ini Mempunyai rupa yang cantik dan berperwatakan ramah. Tetapi  ramai tidak menyangka gadis ini menghidapi alahan yang pelik. Tahu tak korang yang Ashleigh Morris alah kepada air? Dia menghadapi alahan ini sejak dari umur 14 tahun lagi. Dia alah kepada semua jenis air, malah peluhnya sendiri. Jika kulitnya bersentuhan dengan air, ruam-ruam merah akan timbul. Mengikut kata Ashleigh, ruam-ruam ini sangat gatal dan menyakitkan. Ia mengambil masa dua jam untuk pulih. Walaupun tidak boleh mandi di kolam renang, menikmati kesegaran mandian selepas penat bekerja atau bersantai di dalam jakuzi, ia tidak menghalang Ashleigh mengharungi kehidupannya yang sukar. Ashleigh yang sekarang berumur 19, sudah menghidap penyakit ini selama 5 tahun. Alahan ini terjadi disebabkan oleh penyakit kulit yang ganjil yang dinamakan Aquagenic Urticaria. Walaupun alah kepada air, dia tetap mandi untuk membersih dirinya. Kebiasaannya, mandian ialah sesuatu yang menyegarkan dan menyeronokkan bagi setiap orang, tetapi bagi Ashleigh ialah satu penyiksaan. Semasa mandi, Ashleigh sering kali menangis kerana kesakitan kulitnya yang terkena air. Ruam –ruam merah yang timbul terlalu gatal dan menyakitkan. Kerana tidak tahan, Ashleigh sering kali mengaru sehingga berdarah. Selepas mandi, Dia biasanya terpaksa menunggu sehinnga 2 jam sehingga ruam- ruam tersebut hilang sebelum pergi kemana-mana . Dia juga sentiasa mengawasi dirinya supaya tidak berpeluh. 

Semasa  mula mendapat tahu yang dia menghadapi penyakit ini, pakar Dermatologi yang merawat Ashleigh menyatakan bahawa penyakitnya tidak ada penawar dan rawatan yang sesuai. Walaupun kecewa dan sering kali menangis, Ashleigh bertekad meneruskan hidupnya seperti biasa. Sejak dari itu, dia sentiasa mengelak dari air. Dia berhenti dari bersukan dan apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan dia berpeluh. Dia selalu memastikan dia duduk di dalam penghawa dingin dan mempunyai payung di dalam kereta. Keluarga dan teman lelakinya, Adam, sangat supportif tetapi keadaan Ashleigh membuatkan hubungan mesranya dengan Adam sedikit sukar. Ashleigh menegaskan bahawa Jika dia tidur bersama dengan Adam, sebuah cadar akan diletakkan diantara mereka. Dia juga tidak boleh mendekati Adam, jika teman lelakinya berpeluh. Ashleigh yang sekarang menetap bersama ibunya, Louise Miller, merupakan seoraang pelajar dalam jurusan Journalism and public relation.

Get weel soon, Ashleigh.


Klik SINI untuk artikel penuh

No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain