‘Wife carrying contest’ merupakan sukan yang berasal dari Sonkajarvi,
Finland. Dalam sukan ini, Peserta lelaki perlu mengangkat peserta perempuan
melalui halangan-halangan yang telah disediakan sepanjang trek. Peserta yang
terpantas akan diumumkan sebagai pemenang. Terdapat 2 versi cerita bagaimana sukan ini bermula di
Finland dan semuanya berkait dengan pencuri terkenal pada lewat tahun 1880, Herkko
Rosvo Ronkainen. Versi pertama mengatakan yang dia sering menculik isteri orang
dari kampung sebelah, mendukung sampai ke tempat persembunyiannya dan berkahwin dengan perempuan tersebut. Versi kedua pula
mengatakan bahawa Herkko Rosvo Ronkainen melatih askar-askarnya untuk menjadi
lebih kuat dan pantas dengan membawa beban berat di belakang.
No comments:
Post a Comment
thanks for comment!!