6 Sept 2011

Asal usul teddy bear




Siapa tak kenal teddy bear kan? patung beruang lembut yang digilai para gadis. Siang petang malam duk usung sampai bawak ke tidur. Tapi, dari mana asal usul benda alah nieh dan macam mana ia boleh jadi femes?


 Actually, ia bermula pada tahun 1902 bila Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt dengan kawan-kawannya pergi trip berburu di Mississippi.


Theodore Roosevelt

Selepas beberapa jam menjejaki haiwan, Presiden Roosevelt dengan kawan-kawan tak terserempak dengan seekor pun. Nak dijadikan cerita, akhirnya mereka berjaya la mengesan seekor beruang yang helpless. Pemandu-pemandu trip berburu telah menangkap dan menambat beruang tersebut pada sebatang pokok dan menyuruh Presiden Roosevelt menembaknya supaya dia boleh memenangi  trofi pemburuan, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian. Roosevelt menyuruh mereka melepaskannya kembali.

Semenjak daripada peristiwa tersebut, berita tentang kebaikan Roosevelt terhadap binatang tersebar meluas. Tak berapa lama selepas berita itu, kartunis terkenal, Clifford Berryman telah melukis watak kartun berdasarkan peristiwa Roosevelt menyelamatkan seekor beruang. 


Kartun lukisan Clifford Berryman


Bila saja Morris Michtow, pemilik Ideal Toy Company terlihat karakter kartun itu, dia mendapat idea untuk menghasilkan patung beruang untuk dijual di kedainya. Dia telah berjumpa Presiden Roosevelt untuk meminta kebenaran mengunakan nama “Teddy’s Bear” untuk permainan tersebut. Tujuan permainan ini adalah untuk mengingati beruang yang telah diselamatkan oleh Presiden Roosevelt.  Hari ini, semua orang tahu apa itu Teddy Bear, tapi sesetengah saja tahu ia dinamakan sempena Presiden Theodore “Teddy” Roosevelt.




No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain