14 Nov 2011

Pasar Perkahwinan Shanghai


"wanita, lahir tahun 1981, 1.62 meter tinggi, Ijazah Sarjana Muda, pengarah projek di syarikat tempatan, gaji bulanan RMB 10,000 keatas, mencari teman yang lahir diantara tahun 1974 dan 1982, mempunyai ijazah sarjana muda atau keatas dan mempunyai ciri-ciri tanggungjawab kepada  keluarga"
ini merupakan salah satu daripada beribu-ribu helai kertas yang menghiasi People's Square di Shanghai. Setiap hujung minggu beratus-ratus ibu bapa akan datang ke sini untuk 'mengiklankan' anak bujang mereka. Di negara yang menggangap bahawa 'bujang' itu adalah sesuatu masalah yang besar, tempat ini dianggap sebagai harapan terakhir bagi si bujang dan ibu bapa yang berharap anak mereka akan berkahwin.



Disebabkan kebanyakkan rakyat China terlalu sibuk bekerja dan belajar, mereka tidak ada masa untuk mencari pasangan hidup. So, alternatif ini telah digunakan oleh ibu bapa mereka untuk mencari pasangan bagi anak masing-masing. Apa yang diperlukan hanyalah sehelai kertas dan ia ditulis beberapa maklumat seperti umur, tinggi, pekerjaan, pelajaran, gaji bulanan, samada mereka belajar di luar negara dan samada mereka mempunyai rumah sendiri. kemudian ia akan iklankan di 'pasar perkahwinan'.



Kebanyakkan anak muda mendapati amalan ini memalukan, tetapi ia merupakan perkara biasa bagi ibu bapa yang mahukan anak mereka berkahwin dengan seseorang yang secocok. Walaupun beratus-ratus orang menghadiri 'pasar perkahwinan' setiap minggu, peluang untuk bertemu 'seseorang' kekadang agak tipis.






No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain