29 Jun 2012

8 eksperimen gila Dr Joseph Mangele



Pada 30 April 1945 berakhirlah era pemerintahan Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau nama popularnya Nazi. Ketuanya, Adold Hitler telah membunuh diri bersama-sama isterinya Eva Braun di dalam Führerbunker  apabila mengetahui dia sudah kalah dalam pertempuran perang dunia kedua. Mayatnya dibakar supaya tidak jatuh di tangan musuh. Dalam tempoh pemerintahan Nazi di Jerman, berbagai kekejaman telah berlaku. Daripada pembinaan kem tumpuan(concentration camp) ke pelupusan kaum bukan Aryan di Auswhitz, kekejaman ini danggap sebagai tidak berperikemanusiaan. Holocaust, yang mana merupakan pembunuhan beramai-ramai yang terbesar dalam sejarah juga merupakan idea mereka. Adolf Hitler merupakan watak utama dalam merancang kekejaman ini disamping Adolf Eichmann, yang mana merupakan ‘arkitek’ Holocaust. Tapi tahukah anda yang Dr Joseph Mangele juga antara ‘penyumbang’ kekejaman


Siapa Dr Joseph Mangele?


Dr Joseph Mangele ialah seorang Ahli Fizik berbangsa Jerman dan seorang Pegawai SS(Schutzstaffel) di Kem Tumpuan Nazi. Dia mempunyai dua Degree daripada Universiti Munich dalam bidang Antropologi dan juga dari Universiti Frankfurt dalam bidang Ubatan. Dia dikenali kerana menjadi watak penting dalam menentukan banduan yang mana patut dibunuh dan banduan mana patut dikerah memburuh. Dia juga dikenali kerana melakukan eksperimen terhadap banduan. Kebiasan kanak-kanak dan kembar merupakan bahan eksperimen kesukaannya. Setiap eksperimen yang dijalankan oleh beliau dilakukan tanpa menggunakan bius atau Anesthesia.

1.) Warna anak mata

Dia menyangka yang dia boleh menukar warna anak mata kanak-kanak dengan menyuntik bahan kimia terus kedalamnya. Walaupun ia tidak pernah menjadi, dia tetap meneruskannya dengan kanak-kanak yang lain.

2.) Kembar Siam

Dia telah melakukan eksperimen terhadap sepasang kembar dengan membuang tangan mereka lalu badan mereka dijahit menjadi seumpama kembar siam. Objektif melakukan eksperimen ini adalah untuk mengetahui apakah akan terjadi bila dia mencipta kembar siam sendiri. 

3.) Kuman

Untuk mengkaji kesan tindak balas berperingkat kuman terhadap manusia, dia telah menyuntik kanak-kanak dengan kuman yang membawa maut.

4.) Pemindahan darah

Dia telah ‘mengalir’ keluarkan darah dari seorang kembar dan dimasukkan ke dalam badan kembarnya lagi seorang. Tujuannya adalah untuk mengetahui perubahan yang berlaku apabila kembar bertukar darah. Kebiasan kembar yang  telah ‘dialir’ keluarkan darah akan mati kerana terlalu banyak darah yang diambil

5.) Pemandulan 

Dia mencuba untuk menguji langkah pemandulan perempuan muda. Perempuan-perempuan ini telah diberi rawatan dan pembedahan yang mengerikan. Kebanyakan dari perempuan tersebut mati semasa pembedahan dan juga kerana jangkitan daripada pembedahan.

6.) Kedayatahanan

Salah satu eksperimen yang menjadi kebiasaan bagi beliau ialah dengan mengasing sepasang kembar ke dalam dua kurungan berbeza tanpa makanan dan minuman. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika kembar tersebut boleh hidup tanpa satu sama lain. Kebiasaanya kembarr akan mati kelaparan.

7.) Pengalihan

Manusia Kembar merupakan perkara yang diminati oleh Dr mangele. Setiap aspek tentang manusia kembar mahu dipelajarinya . Dia yang mana memilih pasangan kembar untuk eksperimen, akan menyuntik chloroform kedalam jantung kembar tersebut dan dengan segera mereka mati. Dia kemudiannya akan melakukan pembedahan membawa keluar organ-organ kembar tersebut untuk tujuan penyelidikan.


No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain