30 Jun 2012

Kiviaq : 'Pekasam' orang Inuit


Bagi masyarakat Inuit di Grenland tiada apa yang lebih sedap daripada menjamah kiviaq di musim sejuk. Kiviaq yang mana merupakan hidangan daging burung laut yang diperam di dalam kulit anjing laut, telah diamalkan sejak berabad dulu lagi. Oleh kerana sumber makanan yang terhad pada musim sejuk, kiviaq merupakan salah satu sumber kelangsungan hidup bagi mereka.

Burung Auk
Untuk menyediakan hidangan ini, ia memerlukan antara 300 hingga 500 burung Auk yang lengkap dengan anggota, disumbat di dalam kulit anjing laut yang telah dijahit seperti beg. Apabila penuh, beg ini akan dijahit tutup dan diletakkan di bawah timbunan batu sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk diperam. Ada yang mencecah sehingga 18 bulan. Apabila tempoh memeram sudah tamat, beg tadi akan dibuka dan daging burung Auk akan dinikmati mentah-mentah. Kebiasaan semua bahagian burung akan dimakan termasuklah bulu, kaki dan paruh. Ini kerana lemak yang terdapat pada kulit anjing laut telah melindungi daging burung tersebut dari busuk dan juga melembutkan daging serta bahagian lain pada burung tersebut. Kiviaq dianggap sebagai makanan istimewa bagi masyarakat Inuit terutamanya dalam perayaan dan festival .





No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain