1 Jul 2012

Perbezaan di antara England dan United Kingdom

Union Jack
Bila sesetengah orang memikirkan tentang United Kingdom (UK), terlintas di fikiran mereka tentang England. kedua – dua tempat ini adalah berkaitan tetapi tidak sama! England adalah salah satu dari empat Negara yang membentuk United Kingdom (UK), ini termasuklah Scotland, Wales dan Ireland Utara. United Kingdom bukanlah sebuah Negara, tapi ia adalah A country of countries. Union Jack merupakan bendera rasmi untuk United Kingdom.

Diantara 4 negara tersebut, England merupakan Negara terbesar dalam United Kingdom. London yang mana merupakan ibu Negara kepada England juga merupakan ibu Negara kepada United Kingdom.

United Kingdom = Scotland + England + Wales + Ireland Utara




Great Britain?

Great Britain merupakan kepuaulauan yang terdiri daripada England, Scotland dan Wales. Ia merupakan kepulauan terbesar dalam Eropah dan ke-9 terbesar dalam dunia. Great Britain juga merupakan kepulaun terbesar dalam British Isle. Ireland Utara tidak termasuk sekali kerana ia terletak di dalam kepulauan Ireland


Great Britain = Scotland + Wales + England


Untuk info yang lebih lengkap tentang United Kingdom dan Great Britain, Sila lihat video ini.



1 comment:

thanks for comment!!

Blog Lain