21 Apr 2011

Kenapa bas sekolah warna kuning?




Korang pernah tak terfikir, kenape erk bas sekolah warna kuning? Kenapa dorang tak guna warna lain yang lebih cantik? Kenape kena guna kuning ? sini aku terangkan...

Pemilihan warna kuning ni semua kerja  Dr. Frank W. Cyr. Dia merupakan seorang Professor kat Columbia University di New York. Dia telah menganjur persidangan tentang pelarasan pembinaan kenderaan persekolahan untuk Amerika pada tahun 1939. Dalam persidangan itu merangkumi perbincangan tentang pemilihan warna untuk bas sekolah di Amerika. Warna Kuning menjadi pilihan kerana dikatakan perkatan 'school bus' yang berwarna hitam pada bas jika dilapiskan dengan warna kuning ia senang dilihat pada awal pagi berbanding warna lain. Apa yang dimaksudkan disini ialah sesetengah budak sekolah akan pergi sekolah pada awal pagi. So, keadaan mase tu mestilah gelap sikit. pemilihan warna kuning ini dapat membantu budak-budak sekolah ni mengenalpasti bas sekolah. Mengikut kajian yang dilakukan, manusia lebih cepat memberi tindak balas pada warna kuning selain daripada warna-warna lain. Selain itu juga pemilihan warna kuning pada bas sekolah mungkin tepat kerana dikatakan kenderaan yang berwarna kuning mudah dilihat di dalam kabus ataupun hujan lebat.

P/S : sebab tu la teksi-teksi di Amerika berwarna kuning.

6 comments:

  1. Sebab senang nak nampak rupanya, ingatkan sebab naikkan semangat budak sekolah. hahaha !

    ReplyDelete
  2. ouhhh cmtu cite die.
    ade logik. ade logik. :)

    ReplyDelete
  3. owh...ok...skrg baru tau ^_^
    Tp memang betul pun..hitam atas kuning memang senang nak nampak!

    ReplyDelete
  4. ahaks3.....nice infomation. seb bek bdk2 x di suh pkai baju kuning gak ms pi skola....kah3

    ReplyDelete

thanks for comment!!

Blog Lain