18 Jul 2011

Fugu, makan untuk mati.



Fugu

Di jepun, fugu atau ikan puffer merupakan hidangan yang patut dicuba. Hidangan ini dikatakan akan menjadi sungguh beracun jika tidak disediakan dengan cermat. Chef-chef perlu menjalani latihan terperinci dan perlu mendapat lesen secara rasmi sebelum menyediakan hidangan ini di restoran. Pada peringkat ujian terakhir dalam mendapatkan lesen menghidang fugu, setiap chef harus makan ikan fugu yang telah mereka sendiri sediakan. Dikatakan ikan fugu yang tidak disiang dan dikerat dengan teliti boleh membawa kematian, walaupun setitik toksin dari ikan fugu boleh menyebabkan pemakannya lumpuh. Ikan fugu mengandungi jumlah racun tetrodoxin yang boleh membawa maut , terutamanya di bahagian hati, ovari dan juga kulit. Racunnya boleh melumpuhkan otot dengan teruk sekali walaupun dalam masa itu mangsa dalam keadaan sedar, dan seterusnya mangsa akan mati kerana kekurangan oksigen. Terdapat banyak kes-kes kematian disebabkan oleh ikan fugu di jepun.



contoh lesen dalam menghidang ikan fugu


1 comment:

thanks for comment!!

Blog Lain