18 Jul 2011

Sannakji (anak tekak dibelit sotong kurita hingga mati)



Sannakji

Di Korea Selatan, Sannakji merupakan antara hidangan yang paling popular. Ia merupakan hidangan yang dibuat dari sotong kurita kecil yang masih hidup, dipotong kepada beberapa bahagian dan dihidangkan bersama bijan ataupun minyak bijan. Sannakji merupakan salah satu hidangan eksotik dimana haiwan yang dihidangkan masih hidup. Kebiasaanya sotong kurita yang telah dipotong dan dihidangkan kepada pelanggan akan bergerak-gerak dalam pinggan. Sannakji dianggap antara makanan yang berbahaya kerana walaupun sotong kurita dikerat-kerat sebelum dihidangkan, cawan sedutan pada cebisan lengan sotong kurita masih aktif, ini mudah menyebabkan cebisan lengan-lengan tersebut melekat pada kerongkong dan membuat pemakannya cekik hingga kematian. Terdapat beberapa kes pemakan sannakji yang mati tercekik. Sesetengah pemakan suka membiarkan sannakji bergerak-gerak di dalam mulut semasa mereka menelannya. Sesetengah pihak restoran menyarankan supaya sannakji mestilah dikunyah dengan teliti sebelum ditelan untuk tujuan 
keselamatan.




contoh cawan sedutan (suction cups) 





Klik SINI untuk artikel penuh

No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain