21 Jul 2011

orang vs kereta kebal





Pada jun 1989 kerajaan China telah dikejutkan dengan pemprotesan dari rakyatnya. Protes ini dibuat oleh rakyat adalah untuk menentang dasar komunisme yang telah diamalkan oleh Kerajaan China. Bermula dari April dan berakhir pada awal Jun, protes ini juga bertujuan untuk menegakkan dasar demokrasi dalam pentadbiran. Hal ini telah menyebabkan pihak kerajaan China mengerahkan pasukan tentera dan beberapa buah kereta kebal untuk menangani protessan. Rakyat-rakyat yang membuat protessan bertempiaran lari apabila Tiananmen Square dipenuhi dengan tentera dan beberapa buah kereta kebal. Hanya seorang lelaki yang tidak lari, lelaki tersebut yang memegang beg plastik menghalang kereta kebal menuju ke Tiananme Square dan seterusnya memanjat salah sebuah kereta kebal. Kejadian ini berlaku beberapa minit, sebelum 2 orang menuju ke lelaki itu dan membawanya jauh dari kereta kebal agar tidak dicederakan. Lelaki tersebut yang mana tidak takut menghalang kereta kebal telah menjadi seorang ikon. Foto dan videonya dianggap sebagai  peristiwa paling bermakna di dunia. Tetapi, sejak dari protesan itu juga, lelaki itu tidak diketemui lagi.

Siapakah lelaki itu?

Selepas kejadian tersebut, akhbar–akhbar British melaporkan bahawa lelaki itu ialah seorang pelajar yang bernama Wang Weilin, 19 tahun. Sesetengah pihak menafikan hal itu. Akhbar-akhbar british juga mendakwa lelaki itu telah ditahan kerana cuba menggulingkan konunisme untuk tujuan hooliganisme. Dan bila kerajaan China menjejaki lelaki tersebut, mereka mendakwa bahawa tiada sebarang rekod kewujudannya. Ramai orang mengatakan bahawa lelaki tersebut telah dipancung selepas beberapa minggu protesan itu berlaku. Orang-orang yang bersama lelaki tersebut semasa protesan sedang berlaku mengatakan bahawa lelaki tersebut masih hidup di China. Sehingga hari ini, identiti lelaki yang berani ini masih lagi menjadi pertanyaan.



Walau siapa pun dia, walau dimana pun dia berada, dia ialah seorang lelaki yang berani.

2 comments:

thanks for comment!!

Blog Lain