17 Jul 2011

Pokok Neraka, Si Pokok Manchineel.



Pokok Manchinel

Jika dilihat pada rupa pokok manchineel, ia seakan-akan sama seperti pokok lain. Tapi, tahukah korang yang pokok ini merupakan antara pokok yang beracun di dunia. Pokok manchineel yang banyak tumbuh meliar di sekitar pantai-pantai Caribbean dan Amerika Selatan, boleh mencapai tinggi hingga 45 kaki. Mempunyai kulit yang berwarna kelabu kehitaman dan daun-daun hijau cerah, pokok ini juga menghasilkan buah yang seakan-akan seperti epal. Semua bahagian pokok machineel seperti buah,daun,kulit dan getah adalah beracun. Jika terkena sentuhan dengan bahagian-bahagian pokok ini akan menyebabkan melecur atau kepanasan pada kulit.

Buah manchineel mempunyai bau yang sedap, tetapi jika memakannya akan meyebabkan tekak melecur dan membengkak hingga kematian. Dilarang sama sekali membakar pokok ini kerana dikatakan jika asap dari pokok ini memasuki mata boleh menyebabkan buta. Jika hujan turun, berteduh di bawah pokok ini akan adalah berbahaya sama sekali. Air hujan yang turun dari pokok manchinel jika terkena pada kulit boleh menyebabkan kelecuran. Pada zaman dahulu, pokok manchineel digunakan untuk tujuan penyeksaan. Pesalah akan diikat pada pokok tersebut supaya dia mati secara perlahan. Kebiasaannya pokok ini akan diletakkan bersama papan tanda amaran supaya orang lebih berhati-hati.


Buah pokok manchinel seperti buah epal

Pokok manchineel selalunya diletakkan papan tanda amaran

Klik SINI untuk artikel penuh


No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain