Pelik, unik dan cantik. Itu yang boleh dikatakan kepada
Weltwischia mirabilis. Kalau dilihat, ia seperti seekor makhluk, tapi tahu tak
korang yang ia sebenar sebuah pokok bunga? Weltwischia merupakan bunga
kebanggsaan Negara Namibia. Ia boleh ditemui di padang pasir Namib di antara
Namibia dan Angola. Tumbuhan yang dianggap sebagai fosil hidup ini mendapat
nama setelah pakar tumbuhan dari Australia, Friedrich Welwitsch menemuinya pada
tahun 1859. Dikatakan Weltwischia mirabilis boleh hidup sehingga 1000 tahun
keatas. Jika dilihat dari rupa tumbuhan ini, ia seperti penuh dengan daun, tetapi
sebenarnya ia hanya mempunyai 2 daun sahaja yang mana akan terus membesar
sepanjang hidup tumbuhan tersebut. 2 daun tersebut selalunya dipisahkan, dikoyakkan
dan dicarikkan menjadi beberapa helai daun oleh angin dan pasir. Oleh sebab itu
tumbuhan ini kelihatan seperti mempunyai banyak daun walaupun pada asalnya
hanya 2 daun sahaja.
Klik SINI untuk artikel penuh
No comments:
Post a Comment
thanks for comment!!