21 Jul 2011

Rahsia besar yang hanya 2 orang sahaja tahu di dunia part 1 : Ramuan Coca Cola




Ia tidak mengejutkan jika sesebuah syarikat yang mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda menyimpan atau merahsiakan ramuan mereka.Walaupun banyak syarikat-syarikat baru ditubuhkan, Coca cola masih menguasai pasaran minuman karbonat di dunia. Dikatakan ramuan asli coca cola terdiri daripada gula, caramel color, caffeine, phosphoric acid, coca extract, kola nut extract, lime extract, vanilla dan glycerin. Namun, tidak ada siapa dapat mengesahkan ramuan tersebut.

Sehingga kini ramuan Coca-Cola masih lagi dilindungi dengan ketat oleh pihak syarikat. Pada tahun 1970 Pihak Coca Cola telah menarik diri dari pasaran India kerana pihak disana telah dikehendaki mendedahkan ramuan minuman tersebut kepada pihak kerajaan sebagai salah satu prosedur undang-undang. Apa yang mengejutkan ialah kerahsian ramuan ini juga ada berkaitan dengan isu penceraian. Ini berlaku apabila salah satu waris pengasas Coca Cola telah bercerai dengan isterinya. Sebagai tuntutan penceraian, isterinya telah meminta nota asli milik moyang(pengasas Coca Cola) dari waris pengasas minuman terkenal tersebut. Pihak Coca Cola terpaksa campur tangan dalam hal ini kerana khuatiri nota asli yang isterinya tuntut mengandungi ramuan-ramuan pembuatan minuman tersebut.

Dilaporkan hanya 2 orang eksekutif saja yang tahu ramuan minuman ini. Mengikut khabar angin yang diceritakan, setiap seorang daripada eksekutif hanya tahu setengah daripada ramuan tersebut. Tetapi ia hanyalah salah satu plot untuk Coca Cola menjayakan kempen iklan mereka.

2 eksekutif yang memiliki setngah daripada ramuan adalah rumour sahaja.

Actually, ramuan sebenar Coca-Cola yang asli disimpan di bank SunTrust di Atlanta. Pihak Coca Cola telah memberikan kepada bank ini sebanyak 48.3 juta share dari bahagian mereka, untuk memastikan bank ini terus merahsiakan dan menjaga ramuan tersebut.

Terdapat polisi pelik yang telah dihasilkan oleh pihak Coca-Cola yang mana untuk menjaga kerahsiaan ramuan tersebut. Antaranya ialah : 

1.) 2 orang eksekutif yang mengetahui ramuan minuman ini tidak boleh terbang dalam pesawat yang sama
2.) Tiada siapa boleh melihat ramuan ini tanpa kehadiran Tuhan, Jesus dan Elvis dalam waktu yang sama. Pelik kan??

Apa yang dilakukan oleh Pihak Coca Cola ini hanyalah sia-sia kerana diketahui bahawa salah satu bahan yang menyedapkan minuman ini ialah daun koka yang mana bahan ini sama dengan bahan asli membuat kokain. Coca-Cola merupakan hanya satu saja syarikat yang dibenarkan mengimport daun koka ke Amerika secara sah. So, kalau ramuan pembuatan Coca-Cola ini dicuri oleh syarikat minuman lain pun, tiada gunanya, tanpa ada daun koka rasa asli Coca-Cola takkan terhasil. Kecuali kalau seludup masuk daun koka secara haram.          


Daun koka

Nota : chop! coca cola!...

3 comments:

  1. tu dia.... complicated glew.. folo kamu jugak.

    ReplyDelete
  2. Mmmm.. menarik dan pelik. Tapi tak mustahil, sebab ianya formula barat!!

    ReplyDelete

thanks for comment!!

Blog Lain