Tugu peringatan Sadako Sasaki di Hiroshima |
6 ogos 1945 merupakan waktu yang getir buat jepun kerana Amerika
telah mengugurkan bom atom di Hiroshima. Kesan daripada letupan bom atom ini telah
banyak mengorbankan nyawa penduduk Hiroshima. Penduduk-penduduk yang selamat
kebanyakkannya dijangkiti dengan radiasi oleh bom tersebut. Ini termasuklah
juga si budak kecil berusia 2 tahun, Sadako Sasaki. Pada masa letupan bom
tersebut Sadako berada di rumah. Hanya 1 batu jarak letupan dari rumahnya. Pada
November 1954, Sadako mengalami lebam di bahagian leher dan di belakang
telinga. Dan pada Januari 1955, tompok tompok ungu telah timbul di bahagian
kakinya. Dia telah dimasukkan di Hospital kerana menghidapi Leukimia dan doktor
menggangarkan yang Sadako hanya ada 1 tahun lagi untuk hidup.
Pada 3 ogos 1955, Chizuka Hamamoto, yang merupakan kawan
baik Sadako datang ke Hospital untuk melawatnya. Chizuka yang datang dengan membawa sekeping
kertas, melipat-lipat kertas tersebut menjadi sebuah burung kertas dan
menghadiahkan kepada Sadako. Chizuka menceritakan sebuah cerita lagenda Jepun kepada
sadako, bahawa sesiapa yang berjaya membuat 1000 burung kertas akan menjadi
sihat semula. Selepas mendengar cerita Chizuka, Sadako berazam untuk membuat
seribu burung kertas dan sihat seperti biasa.
Semasa Sadako di hospital, dia banyak menghabiskan masanya
membuat burung kertas. Bila dia kekurangan kertas, dia akan guna pembalut ubat
dan apa apa saja yang boleh dijadikan burung kertas. Dia juga rajin melawat ke
bilik pesakit lain untuk meminta kertas. Chizuko juga selalu datang ke hospital
untuk memberi kertas kepada sadako.
Burung kertas |
Sadako dan 1000 burung kertas |
Lama kelamaan keadaan kesihatan sadako semakin teruk . pada
pertengahan bulan Oktober kaki kirinya menjadi bengkak dan bertukar ungu. Dan
pada 25 oktober 1955 dia telah meninggal dunia pada usia 12 tahun. Sadako hanya
sempat menyiapkan 644 burung kertas semasa hayatnya. Dan baki 356 burung kertas
telah disiapkan oleh kawan-kawannya terutama sekali, Chizuko. 1000 burung
kertas ini telah disemadikan bersama jasad Sadako.
Selepas kematiannya, kawan-kawan sadako telah berkerjasama
untuk mengumpul dana bagi membina tugu peringatan kepada Sadako dan juga
kanak-kanak yang telah mati daripada kesan bom atom. Tugu peringatan sadako
telah dibina di Hiroshima Peace Memorial pada tahun 1958. Ia juga dibina di
Seattle peace park. Hari ini, Sadako telah menjadi salah satu simbol kesan buruk perang nuclear terhadap manusia. Sadako juga menjadi idola setiap budak
perempuan di Jepun. Kisahnya banyak diceritakan di sekolah-sekolah semasa hari
peringatan pengebomam Hiroshima. Sempena memperingatinya, rakyat di Jepun
menyambut 6 ogos setiap tahun sebagai hari aman (peace day).
Tugu peringatan Sadako di Hiroshima |
Murid-murid sekolah di Jepun memberi penghormatan kepada Sadako |
Klik SINI untuk artikel penuh
No comments:
Post a Comment
thanks for comment!!