12 Jul 2011

Buku panduan asas bayi dari neraka


Baby And The Child Care


Benjamin Spock

Baby and Childcare tulisan Benjamin Spock pada tahun 1946 pada mulanya merupakan sebuah buku panduan asas bagi penjagaan bayi yang biasa. Benjamin Spock menulis buku ini bagi menegahkan idea nya sendiri tentang penjagaan bayi yang betul untuk ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata. Percaya atau tidak? Buku ini telah menjadi punca kematian seramai 50,000 bayi. Idea-idea penjagaan yang diajar oleh Spock dalam bukunya berbeza dengan apa yang diajar oleh pakar. Dikatakan ibu bapa yang mengikut panduan Spock telah menyebabkan anak mereka mati. Salah satu panduan yang diajar oleh Benjamin Spock dalam bukunya ialah:

Spock menjelaskan bahawa bayi perlu tidur dengan posisi seperti ini iaitu perut bayi menghadap ke permukaan. Dia percaya dengan cara tidur begini, bayi tidak akan tercekik dengan muntahnya sendiri. Jika tercekik ia boleh menyebabkan kematian.

Saranan Spock


Manakala, pakar menyarankan posisi bayi semasa tidur mestilah seperti biasa iaitu bahagian belakang bayi mestilah berada di permukaan. Pakar menegaskan bahawa posisi cara tidur yang diajar oleh spock telah banyak mengakibatkan IDS (Sudden Infant Death Syndrome)iaitu bayi lemas semasa tidur.


Saranan pakar


Klik SINI untuk artikel penuh


No comments:

Post a Comment

thanks for comment!!

Blog Lain