1915. Sankebetsu merupakan sebuah kampung yang terletak di
Hokkaido, Jepun. Ia merupakan sebuah kampung peneroka yang mana terletak di
kawasan liar yang besar dan hanya terdapat sedikit penduduk. Kawasan ini juga
menjadi kediaman oleh beruang perang (Brown Bear). Terutama sekali ialah
Kesagake, Beruang perang jantan 3 meter dan seberat 380 kg. Kesagake selalu
menceroboh kampong Sankebetsu untuk mencuri makan jagung yang ditanam oleh
penduduk. Lalu, dia telah ditembak oleh penduduk kampung kerana telah
merosakkan tanaman. Kesagake yang cedera terus melarikan diri ke kawasan gunung.
Penduduk kampung percaya yang setiap beruang perang yang telah cedera ditembak
selalunya akan takut kepada manusia dan akan menjauhkan diri dari tanaman
mereka.
Ternyata mereka silap kerana pada 9 disember 1915, Kesagake muncul
kembali. Dia memasuki rumah keluarga Ota, dimana isteri Ota bersendirian bersama
bayinya. Kasagake telah membunuh bayi tersebut dan lalu menyerang perempuan
itu. Isteri Ota cuba melindungi dirinya dengan membaling kayu api, namun dia
telah diheret ke dalam hutan oleh beruang tersebut. Bila penduduk datang ke
tempat kejadian, mereka terkejut kerana lantai dan dinding penuh dilimpahi
dengan darah. Seramai 30 orang telah dikerah ke hutan untuk memburu beruang
tersebut. Mereka berjaya menembak Kasagake, namun usaha mereka gagal kerana
beruang tersebut berjaya melarikan diri. Mayat isteri ota yang telah dilahap
telah ditemui di bawah rimbunan salji, dipercayai bahawa kesagake menyimpannya
untuk tujuan makanan kemudian hari.
Pada keesokkan harinya, beruang tersebut kembali ke ladang
keluarga Ota, pengawal bersenjata dihantar untuk memburu beruang perang
tersebut. Namun ini menyebabkan kebanyakan rumah tidak dikawal. Kesagake telah
mengambil peluang ini untuk menyerang rumah keluarga Miyoke. Walaupun
kebanyakan penduduk dapat melarikan diri dari rumah tersebut, dua kanak kanak
telah dibunuh dan juga seorang wanita mengandung. Pengawal bersenjata kembali
ke rumah keluarga Miyoke dan menjumpai mayat 2 orang kanak kanak dan wanita
mengandung yang mana janin telah dikeluarkan dari perutnya. Dalam masa 2 hari,
Kesagake telah membunuh 6 orang. Ini menyebabkan penduduk kampung ketakutan dan
kebanyakan pengawal meninggalkan tugas mereka kerana takut diserang.
Pemburu Beruang terkenal di jepun telah diberitahu tentang
kejadian ini, dia telah mengenal pasti Kesagake dan menegaskan bahawa beruang
perang ini telah membunuh manusia sebelum kejadian di Sankebetsu lagi. Pada
mulanya dia menolak untuk menyertai gerakan untuk membunuh kasagake namun akhirnya
dia bersetuju menyertainya, dan pada 14 December Kesagake telah dibunuh oleh
dia sendiri. Sisa-sisa manusia yang menjadi mangsa masih lagi terdapat di dalam
perut beruang tersebut. Semenjak peristiwa itu, kesemua penduduk kampung
berpindah dari Sankebetsu. Hari ini, peristiwa di Sankebetsu menjadi sejarah peristiwa
serangan haiwan yang paling teruk di Jepun.
No comments:
Post a Comment
thanks for comment!!