14 Aug 2011

10 rukun Mafia


imej : sungat.ru


Basically, setiap persatuan yang ditubuhkan atau diasaskan akan memiliki rukun-rukun mereka yang tersendiri. Rukun ini dibentuk sebagai proses penyatuan dan juga garis panduan bagi ahli-ahli mereka. Ini tidak terkecuali persatuan jenayah terkenal di dunia, Mafia. Ditubuhkan pada pertengahan abad ke 19 di Sicily, Itali, Mafia atau dikenali sebagai La Cosa Nostra telah mewujudkan rukun mereka tersendiri sebagai garis panduan bagi ahli-ahli baru. 10 rukun yang telah diasaskan telah menjadi pegangan ahli-ahli keluarga Mafia sejak zaman-berzaman.

So, apa 10 rukun tersebut?
  1. Tiada siapa boleh memperkenalkan diri mereka secara terus kepada ahli-ahli yang lain. Mesti ada pihak ketiga yang harus lakukan.
  2. Jangan sesekali melihat kepada isteri-isteri ahli lain.
  3. Jangan dilihat bersama-sama polis
  4. Jangan pergi ke Pub atau Club
  5. Sentiasa bersedia berkhidmat untuk La Cosa Nostra, walaupun isteri kamu akan melahirkan anak
  6. Temu janji mesti sentiasa dihormati
  7. Isteri-isteri mesti dilayan dengan hormat
  8. Bila ditanya tentang sesuatu maklumat, jawapanya mestilah betul
  9. Duit tidak boleh diambil atau digunakan jika ia kepunyaan ahli atau keluarga lain
  10. Golongan yang tidak boleh menjadi ahli Cosa Nostra : sesiapa yang ada persaudaraan dengan polis, sesiapa yang ada persaudaraan dengan ahli yang pembelot di dalam keluarga La Cosa Nostra, sesesorang yang berperangai teruk dan tidak mempunyai moral.
Macam mana kalau tak follow rukun ni?

One simple word "mati".



Source : Telegraph





1 comment:

thanks for comment!!

Blog Lain